Selamat datang ke blog FOM, blog kedua kami selepas holywar-efairy.blogspot ditutup.

Related Posts with Thumbnails

Siapa al-Mahdi? [1]

Sifat-sifat peribadi beliau ada dinyatakan sama ada oleh hadis-hadis, mahupun oleh para tabiin dan juga para ulama yang kemudian daripadanya. Keterangan yang berterabur di sana-sini itu bolehlah disusun semula sehingga menjadi satu keterangan yang jelas. Perlu juga dinyatakan di sini bahawa beliau lebih banyak sifat bangsa Timurnya (Ajam) daripada bangsa Arabnya. Ini disebabkan tempat lahirnya adalah di negeri sebelah Timur, keturunannya memang telah bercampur dengan bangsa Timur, adat istiadatnya sedikit sebanyak bercampur dengan adat istiadat bangsa Timur dan bahasa yang digunakannya juga adalah bahasa bangsa Timur itu. Pendek kata, Timurlah yang lebih menonjol pada diri beliau, sama ada sebelum munculnya atau pada ketika munculnya kelak.

Timur yang dimaksudkan di sini adalah Malaysia dan Indonesia. Tidak ada kawasan lain di
dunia ini yang lebih layak dipanggil Timur selain daripada Asia Tenggara inilah. Sebabnya, jika
Khurasan kita katakan Timur, Nabi SAW sudah pun menyatakan dengan jelas dalam beberapa buah hadis nama Khurasan, dan tidak ada pula sebarang hadis yang menyatakan Khurasan itu sebagai Timur. India, Afghanistan dan Pakistan juga tidak boleh dikatakan Timur kerana kerana dalam hadis-hadis yang berkenaan juga disebutkan bahawa raja India akan diperangi dan dikalahkan oleh Pemuda Bani Tamim semasa DALAM PERJALANAN mereka mencari Imam Mahdi. Jadi, mustahillah benua kecil India dapat dikatakan Timur, sebab India akan diperangi dalam perjalanan beliau menuju ke Makkah.

Iran dan Iraq juga lebih-lebih lagi tidak layak dipanggil Timur kerana negara berkenaan
disebut dengan jelas dalam beberapa buah hadis, dengan nama Kufah dan Ma Wara an-Nahar, juga kadang-kadang disebut Parsi. Jadi, mana dia negara lain yang benar-benar boleh dikatakan Timur?

Secara logiknya, tidak mungkin Thailand, Hong Kong dan China itu boleh dikatakan Timur, kerana di negara-negara berkenaan, umat Islam adalah amat minoriti dan tidak akan mampu bangun menjadi kuasa pemerintahan untuk Imam Mahdi.

Jika demikian, jelaslah bahawa tidak ada kawasan lain lagi yang lebih patut dikatakan Timur,
selain kawasan kita inilah sahaja dan merupakan satu-satunya kawasan yang paling layak digelar Timur. Dalam sebuah hadis sahih (riwayat Imam Muslim) disebutkan bahawa Timur adalah kawasan yang paling hujung bumi ini yang manusianya menerima Islam sebagai agama mereka.

Amat jelaslah bahawa yang dimaksudkan dengan hujung bumi ini adalah Asia Tenggara
kerana di sinilah kawasan terakhir yang manusianya beramai-ramai menerima Islam sebagai agama mereka. Kawasan selepas Asia Tenggara ini, tidak ada yang menerima Islam secara beramai-ramai sehingga bangsa yang beragama Islam itu mampu memerintah negara. Jika ada yang Islam pun, hanyalah golongan yang amat minoriti. Lihatlah contohnya di Korea, Jepun dan negara-negara Kepulauan Pasifik.

Maknanya, Imam Mahdi itu boleh pula dikatakan Ahlulbait yang berbangsa Melayu, memakai
adat istiadat Melayu dan bercakap dalam bahasa Melayu. Jika demikian, alangkah bertuahnya bangsa Melayu pada akhir zaman ini! Sama seperti bertuahnya bangsa Arab zaman dahulu kerana memiliki Nabi SAW, yang lahir dari bangsa mereka, bercakap dalam bahasa mereka dan memakai adat istiadat mereka.


Bagaimanapun, sebagai perincian sifat peribadinya, berikut ini dinukilkan beberapa sifat
khusus beliau, keadaannya, kemunculannya dan pemerintahannya seperti yang kita dapati daripada sumber-sumber hadis, asar dan juga ucapan tabiin.


1. Namanya Muhammad

A. Dari Abdillah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda,“Dunia ini tidak akan binasa sehingga seorang dari Ahlulbaitku menguasai seluruh bangsa Arab yang namanya sama dengan namaku.” (At-Tarmizi & Abu Daud)

B. Dari Abdillah RA dari Rasulullah SAW, bersabda, “Seorang dari keluargaku akan berkuasa yang namanya sama dengan namaku.”

C. Dari Abu Hurairah RA, dia berkata, Rasulullah SAW bersabda,“Seandainya umur dunia ini tidak tersisa melainkan sehari, pasti Allah akan panjangkan hari itu sehingga dia berkuasa.”
(At-Tarmizi)

D. Sabda Nabi SAW,
“Dunia tidak akan lenyap sehinggalah bangsa Arab diperintah oleh seorang lelaki dari kaum
keluargaku, yang namanya menyamai namaku.”
(Abu Daud)

E. Daripada Zar, dari Abdullah RA, dari Nabi SAW yang bersabda, “Tidak hilang atau tidak habis umur dunia ini sehinggalah diperintah seluruh bangsa Arab oleh seorang lelaki dari ahli keluargaku yang sama namanya dengan namaku.”
(Abu Daud)

Hadis-hadis yang diberikan itu, walaupun semuanya tidak sama matannya, tidak syak lagi
menyatakan dengan jelas bahawa:

1. Imam Mahdi sudah pasti, tidak ragu-ragu lagi, akan zahir ke dunia ini, tidak lama sebelum kiamat kubra berlaku.

2. Imam Mahdi memang benar-benar berketurunan Ahlulbait, dari keturunan Rasulullah SAW,
suatu hal yang sudah pun diperakui oleh baginda SAW sendiri. Disebutkan berulang-ulang dalam
banyak hadis, antaranya adalah seperti yang diberikan tadi.

3. Imam Mahdi akan memerintah seluruh bangsa Arab, suatu hal yang sama yang pernah dilakukan oleh para Khulafa ur-Rasyidin dahulu. Selepas itu, bangsa Arab sentiasa berpecah, mengikut kepala masing-masing, hampir mustahil untuk disatukan kembali, sehinggalah datang Imam Mahdi yang akan menyatukan semula kepala mereka sehingga menjadi satu, sama seperti yang pernah dilakukan oleh para Khulafa dahulu.

4. Hanya empat orang pemerintah yang benar-benar mampu menguasai dan menyatukan seluruh bangsa Arab di bawah pemerintahan mereka iaitu Sayidina Umar al-Khattab RA (Khulafa ar- Rasyidin), Khalifah Umar bin Abdul Aziz, Imam Mahdi dan Nabi Isa AS.

5. Pemerintah yang turut mampu menyatukan bangsa Arab, selain yang berempat di atas adalah Sayidina Abu Bakar As-Siddiq, Sayidina Uthman, Sayidina Ali, Sultan Muhammad al-Fateh dan Syuaib bin Saleh at-Tamimi, yang merupakan pembuka jalan bagi naiknya pemerintahan oleh Imam Mahdi. Selain mereka ini, tiada pemimpin lain yang boleh menyatukan bangsa Arab dalam erti kata yang sebenar-benarnya.

6. Nama sebenarnya, yang disebut-sebut di khalayak orang ramai adalah Muhammad atau Ahmad, atau nama yang serupa dengan nama Nabi SAW, bukan dengan nama lain seperti Hasan, Rahim atau sebagainya.

7. Kedatangannya ke dunia ini merupakan suatu janji Allah dan juga janji baginda SAW, suatu hal
yang tidak salah jika kita menuntutnya, kerana memang hal itu sudah dijanjikan dan janji itu
diulang-ulang banyak kali pula. Maka lebih layaklah kita menuntutnya untuk zaman kita ini. Siapa yang tidak mahukan segala kelebihan yang telah Allah janjikan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya SAW itu?

8. Jika syarat yang pertama ini pun sudah tidak terpenuhi, iaitu namanya bukan Muhammad, maka orang yang mendakwa dirinya Imam Mahdi itu, patut sangatlah kita tolak sebab sudah tidak memenuhi syarat yang telah ditetapkan oleh hadis. Sudah nyata sangat dustanya itu.




2. Nama Bapanya Abdullah

A. Sayidina Ali KMW, ketika memandang anaknya al-Hasan RH, berkata, “Anakku ini adalah seorang Sayid, seperti yang Nabi SAW menamakan dia. Daripada keturunannyalah akan muncul seorang lelaki yang namanya seperti nama nabi kamu. Dia akan menyerupai Nabi kamu dari segi akhlak tetapi tidak dari segi rupa.” Kemudian dia menyebutkan riwayat bahawa bumi ini akan dipenuhi dengan keadilan (semasa pemerintahannya).”
(Abu Daud)


B. Dari Abdullah RA katanya, sabda Nabi SAW,
“Kalaulah umur dunia ini hanya tinggal sehari sahaja lagi, pasti Allah akan panjangkan hari itu
sehingga diutuskan-Nya seorang lelaki dari ahli keluargaku, yang namanya seperti namaku dan
nama bapanya seperti nama bapaku. Dia akan memenuhkan dunia ini dengan keadilan dan
kesaksamaan seperti sebelumnya dipenuhi oleh penindasan dan kezaliman.”
(Abu Daud & At-Tarmizi)


C. Daripada Abdullah RA daripada Nabi SAW sabdanya, “Kalaulah tidak tinggal bagi dunia ini melainkan sehari sahaja lagi, nescaya akan dipanjangkan oleh Allah hari itu sehingga dibangkitkan padanya seorang lelaki dari umatku atau dari ahli keluargaku yang sama namanya seperti namaku dan nama ayahnya seperti nama ayahku.”
(At-Tarmizi)



Daripada hadis Nabi SAW dan asar daripada Sayidina Ali KMW ini, serta beberapa hadis lain
yang tidak dimasukkan di sini, dapatlah disebutkan beberapa perkara, antaranya:

1. Imam Mahdi adalah dari keturunan Sayidina al-Hasan. Maksudnya keturunan dari Sayidina al-Hasan yang perempuan, akan membawa kepada turunnya Imam Mahdi. Hal ini sebenarnya
hanyalah bersifat penjelasan, tidak perlulah kita mengoreknya habis-habisan untuk mendapatkan kesahihan. Cukuplah sekadar mempercayai dan meyakini apa-apa pekhabaran yang telah disampaikan oleh baginda SAW itu.

2. Sayidina al-Hasan adalah seorang yang lemah lembut dan mencintai keamanan. Maka daripada keturunannya kelak akan lahir seorang pemimpin yang membawa keamanan sejati ke seluruh dunia ini iaitu Pemuda Bani Tamim.

3. Diulang sekali lagi, namanya yang sebenar ialah Muhammad, sama seperti nama Nabi kita SAW, tidak menggunakan nama-nama yang lain.

4. Nama bapanya adalah Abdullah, sama nama seperti nama bapa Nabi SAW. Hal ini berlawanan
dengan Imam Mahdi bagi puak Syiah kerana bagi mereka, nama bapa Imam Mahdi mereka
bukan Abdullah. Bagi puak Syiah Imamiah, nama bapa Imam Mahdi mereka adalah al-Hasan al-
Askari dan bagi Syiah Kaisaniah pula, bapa Imam Mahdi mereka adalah Sayidina Ali KMW!

5. Akhlak Imam Mahdi adalah sama dengan akhlak baginda Rasulullah SAW dan hal ini disebutkan dengan jelas oleh Sayidina Ali KMW. Ini juga menunjukkan ketinggian imannya pada sisi Allah SWT, kerana akhlak adalah lambang ketinggian iman. Pemimpin sejati (Imam Mahdi)
semestinyalah akhlaknya saling tak tumpah dengan akhlak pemimpin sejati juga (Rasulullah
SAW).

6. Rupa zahirnya tidak sama dengan rupa zahir Baginda SAW kerana menurut yang disebutkan
dalam riwayat-riwayat masyhur, Nabi SAW itu orangnya putih dan tampan sekali, manakala
Imam Mahdi kulitnya kemerah-merahan dan kelihatan seperti orang Ajam.

7. Pemerintahannya sudah dijanjikan, dan dijanjikan juga sebagai suatu pemerintahan yang adil dan saksama. Yang berani menghalang kemunculannya sebagai pemimpin akan mendapat sebesar-besar azab dan seksaan.

8. Dunia sebelumnya dipenuhi dengan kezaliman dan penindasan. Yang kuat menindas yang
lemah, yang berkuasa menzalimi rakyat jelatanya, yang kaya menindas yang miskin dan
seterusnya. Yang miskin, yang tidak berkuasa dan orang bawahan turut berbuat zalim dengan
melakukan jenayah-jenayah sivil, menipu orang lain, mencari harta haram, menentang
pemerintah dan tidak redha dengan keadaan miskinnya itu.


BERSAMBUNG (insyaAllah)..
By Mr One,
SUMBER: Buku Imam Mahdi

32 comments:

  1. assalamualaikum,

    jika tidak keberatan, saya ingin memberi sedikit pendapat yang diharap dapat membantu.

    definisi TIMUR yang saudara berikan belum cukup jelas, belum cukup fokus. bila timbul soal TIMUR, barat, utara atau selatan, kita sebenarnya berbicara mengenai penjelasan secara geografi..

    kita ambil semua timur dahulu. kepulauan jepun juga timur, sebahagian china juga timur, kepulauan korea juga timur, pantai timur semenanjung malaysia juga timur, TETAPI... timur yang mansa satu kita cari, maka kita perlu meletakkan satu label ilmiah untuk mencari fokus.

    oleh itu, pendefinisian sesuatu perkara perlu mengikut prosedur2 kajian ilmiah mengikut dari lapangan mana subjek itu diperkatakan. melalui kaedah itu, kajian akan lebih terfokus dan kesahihannya akan berada dalam peratus yang tinggi.

    secara geografi, dataran dunia terbahagi kepada 7 benua, setiap benua pula ada 'suak' masing-masing. suak itu pula bentuk muka buminya berlawanan dengan 'teluk'.

    jadi, suak-suak itu secara geografi disifatkan sebagai 'bucu-bucu benua', label ilmiah itu sudah agak hampir kepada istilah 'hujung dunia' yang dicari-cari dalam kajian. di benua asia yang hanya melibatkan tanah besar (timur secara geografi) terdapat lebih 1000 suak.

    Jadi... sampel kajian menjadi semakin mengecil dan memudahkan kajian secara ilmiah yg terfokus dan objektif. iaitu dari membandingkan semua beratus ribu suak di seluruh dunia (termasuk di wilayah khurasan, tanah arab atau sewilayah dengannya) telah diperkecilkan kepada hanya 1000 suak iaitu di wilayah ini sahaja.

    sekadar memberi pendapat..

    mohon maaf jika terkasar bahasa..teruskan usaha gigih, demi agama Allah.

    ReplyDelete
  2. Bagaimana penulis tahu Imam Mahdi ni orang Melayu? India pun timur jugak. Bole jadi orang India yang beragama Islam yang tiba di Kepulauan Melayu jadi Imam Mahdi. Melalui sejarah Kerajaan Mogul telah didirikan dari keturunan Turki, Arab dan Parsi. Dan hampir 80% dari orang India yang beragama Islam mempunyai tali persaudaraan dengan Timur Tengah.

    Biarlah Imam Mahdi muncul dan kita selaku umat Islam menolong beliau bukannya menagung-agungkan suku atau bangsa. Saya sama sekali tidak peduli bangsa, suku atau kaum Imam Mahdi, yang penting beliau akan memimpin seluruh umat Islam ke arah kemenangan.

    Adalah sama sekali tidak wajar membuat spekulasi sebegini.

    ReplyDelete
  3. salamua'laik,

    The ASSOCIATE : terima kasih kerana mengkhususkan lagi maksud timur tersebut.

    Mohamed : cuba kaji tinggalan sejarah Islam di seluruh Kepulauan Melayu. Artikel ini tidak bermaksud ingin mengagungkan kaum Melayu. Biarlah dari manapun asalnya kelak, yang pasti kebenaranlah apa yg bakal ditegakkannya. Ini hanya pandangan kami dalam mencari siapa Imam yang dinanti tersebut..

    ReplyDelete
  4. Sebenarnya dari dulu lagi saya sokong laman web ni, sangat informatif dan memberikan semangat kepada orang2 mcm saya. Cuma saya terkilan bila pak Arab cakap dari merekalah Imam Mahdi, pastu datang plak puak Syiah, tidak ketinggalan jugak org2 India. Sekarang kita plak, cuma kita bersabar dan menyokong Imam Mahdi bila beliau muncul.

    Teruskan usaha kalian dalam menyebarkan agama Allah yang Maha Suci. ^^

    ReplyDelete
  5. bagaimana pula dengan negara Brunei? Brunei pun timur jugak kan. Begitu juga dengan Singapura. Terdapat juga orang Islam di sana walaupun hanya minoriti sahaja.

    ReplyDelete
  6. BismillahhirRahmanirRahim,
    Saya tidaklah banyak mengkaji tentang Imam Mahdi, namun, dari pembacaan buku2 ilmiah, menonton klip video wakeUp project dan sedikit dari Hadis Rasulullah sendiri memberitahu tentang Imam Mahdi adalah dari kalangan ahli keluarganya sendiri (AhlulBayti). Maksud AhlulBayti ini adalah 'Ahli Rumah'.
    Maknanya Imam Mahdi adalah dari keturunan Arab. Sebab Nabi Muhammad SAW adalah dari keturunan Arab. Keturunan Nabi Muhammad SAW sendiri adalah pemegang kunci Baitullahilharam yakni Kaabah iaitu datuknya Abdul Muthalib dan orang yang mula-mula membina rumah Allah itu adalah Nabi Allah Ibrahim A.s. Dan Nabi Ibrahim adalah datuk kepada Nabi Muhammad. Maka bolehlah kita katakan bahawa AhlulBayti itu adalah dari keluarga Nabi Muhammad SAW yang terdekat. Namun kini kalau x salah saya, pemegang kunci Kaabah adalah Raja Arab Saudi. Fakta yang menyatakan Imam Mahdi adalah dari kalangan orang2 melayu amatlah sukar diterima kerana keturunan Nabi Muhammad sekarang adalah masih berbangsa Arab sama ada dari keturunan Saidina Hassan mahupun Saidina Hussien. WallahuAlam

    ReplyDelete
  7. Salamua'laik,

    Mohamed : menerima sesuatu yang benar kelak bukanlah semudah yang disangka. ramai yang bakal mengakui kebenaran diri mereka tanpa menyerahan diri dgn sebetulnya kpd Allah. hinggakan antara 73, hanya satu saja yang selamat. :)

    Bruiserwood : Ya Brunei juga termasuk. Terima kasih mengingatkan atas kealpaan kami ini. Tp berkenaan dgn Singapura agak sangsi sikit. kenapa? anda sendiri tau. seperti juga Filipina..

    ReplyDelete
  8. Salam Bro.

    1) Yang dikatakan "TIMUR" dalam hadis Nabi SAW. adalah Tanah Melayu ( Intel Mossad ).

    2) Paspot yang dipegang "Al-Mahdi" bukan arab.

    3) Bahasa hariannya bukan arab.

    4) Zahirnya Imam akan menjadi "Fitnah" kepada bangsa arab kerana sangkaan arab Imam berpaspot arab.

    5) Imam bukan Alim ( Ustaz atau Tok Guru ), miskin, tidak menarik, rupanya dan cakapnya sahaja tidak menarik langsung, adanya dia dalam sesuatu kumpulan manusia tidak dipedulikan dan tak ada pun, manusia lain tak hairan, cakapnya tak lancar, tapi amalan hebatnya saperti mana Nabi Muhammad SAW buat sebelum baginda ditabalkan sebagai Rasul Allah.

    Beliau sentiasa derita melihat kekufuran manusia kepada Allah dan kemungkaran/kemaksiatan saudara muslimnya. Dengan itu beliau suka bekhalwat dikalangan manusia ia itu 'dakwah ilallah' secara tak rasmi.

    Malangnya kerisauannya dan sayangnya pada manusia tidak dihargai kerana dirinya itu MISKIN HARTA tapi beliau KAYA HATI.

    6) Sampai masanya Imam akan bertolak ke Mekah bersama manusia lain, tetapi seorang pun tidak sangka beliau seorang yang Agong. Dalam bulan puasa tahun itu kehadhiran beliau dapat dirasai oleh hamba Allah yang makrifat. Akhirnya beliau dibaiat diantara hajar aswad dan makam ibrahim.

    7) Malaysia adalah Timur yang disebut Nabi SAW. Dan bukan Brunei, Singapura, Patani, Indonesia. Malaysia adalah PUSAT kepada Nusantara.

    8) Ma wara' an-nahar...adalah sebuah pekan kecil dimana bangkitnya kabilah Abu Bakar As-Siddiq di wilayah Hind. Nama itu diberi kerana dibelakang pekan/kampung itu ada sungai besar. Tapi kini airnya surut.

    9) Mansoor yang merupakan panglima Imam yang telah diberi Allah SWT Kerajaan, Harta dan Tentera Berdisiplin ( Jemaah Muslim ) akan bertemu Harith Al-Harras di Ma Wara' An-Nahar.

    10) Tanda Mansoor ( Nusrah Allah Bersamanya ), menyatukan negeri-negeri Nusantara.

    Salah seorang yang akan bantu Mansoor.....

    1) SBY.

    2) Tun Mahathir.

    3) Tun Abdullah Badawi.

    Zionis sudah tahu akan peranan Tanah Melayu. Cuma tidak tahu siapa itu Pemuda Bani Tamim yang mendapat Nusrah Allah yang akan berjaya menyatukan negeri2 Nusantara saperti mana terbentuknya Kerajaan Usmaniyah.

    Untuk menghalang perkara diatas berlaku, perlu mereka 'mengambil alih' kuasa politik Tanah Melayu.

    Maka alatnya... DEMOKRASI & ISLAM LIBERAL perlu disebarkan.

    InsyaAllah Zionis akan gagal.

    Perancangan Allah berjaya.

    DSN bukan lelaki UMNO terakhir sebagai PM, bahkan DSN adalah politikus terakhir memegang jawatan PM.

    11) Yang penting setiap muslim khasnya perlu BERTAUBAT. Tidak ada masa untuk melengahkan Taubat kerena sesuatu perkara besar yang menimpa dengan perancangan Allah keatas Nusantara khasnya Tanah Melayu. Paling lewat 2011, insyAllah.

    12) Dalam tahun 2018 Al-Masikh Dajjal dan Isa AS sudah ada.

    13) Wallahu 'Alam.

    ReplyDelete
  9. DSN bukan lelaki UMNO terakhir sebagai PM, bahkan DSN adalah politikus terakhir memegang jawatan PM.

    saya juga amat yakin dengan pendapat diatas.

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum wbt..

    @otisa: saya kurang bersetuju dengan kenyataan anda "Untuk menghalang perkara diatas berlaku, perlu mereka 'mengambil alih' kuasa politik Tanah Melayu.

    Maka alatnya... DEMOKRASI & ISLAM LIBERAL perlu disebarkan."

    otisa, Islam adalah agama yang 'perfect', maka tidak perlu lagi kita mengambil fahaman secara liberal untuk membolehkan Islam diterima pakai oleh seluruh manusia.

    Seperti pesan Rasulullah saw, "...kamu tidak akan sesat selagi kamu berpegang kepada 2 benda.. Al-quran & sunnah.."

    Fahaman Islam Liberal/Hadari/dan sewaktu dengannya tu sebenarnya adalah salah satu cara serangan fikiran/minda/idealogi yang dilakukan oleh musuh-musuh Islam.

    Fikir-fikirkan...

    wslm..

    ReplyDelete
  11. waalaikumussalam abi Danial.

    Sdr, bior baca dengan betul jgn baca text aje. baca konteks ayat tuh. Nak bagi awk paham cara mudah....

    Puak Zionist akan menggunakan alat..DEMOKRASI $ ISLAM LIBERAL...mengambilalih kuasa politik Tanah Melayu !

    " nabi"nya yang dilantik untuk menyebarkan agama DEMOKRASI & ISLAM LIBERAL adalah Anwar Ibrahim.

    Baca-bacalah dgn tadabbur.....

    sekian...


    OTISA1766

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum~

    Ingatan untuk saudara-saudara semua..
    Jangan lupa kepada Brunei Darussalam..

    ReplyDelete
  13. @otisa: Maafkan saya, saya tersilap memahami penerangan anda itu, terima kasih atas teguran anda :).

    sekali lagi saya minta maaf..

    ReplyDelete
  14. Salam Abi Danial...

    Maaf di terima otisa.

    Otisa pun meminta maaf...

    ---------------------------------------

    Salam Tarakoko....

    InsyaAllah.....Sultan Brunei akan turun takhta. Brunei akan bergabung dengan Tanah Melayu.

    Pendek kata Tanah Melayu adalah SERAMBI MEDINAH AL-MUNAWARAH.

    Wallahu'alam.

    ReplyDelete
  15. Salam,

    Benar ,Islam bangkit dari TIMUR dalam bahasa Melayu- arabnya (Masyrik),
    Refer pada tempatnya memang benar Timur(Masyrik) antara Indonesia & Malaysia. Malaysia pula terkenal dgn teaori RAHMAN, yang mana surah RAHMAN menceritakan tempat yg khusus semenanjung.
    Tanah Jawa dulu ada 9 wali/raja, hilang di sana timbul 9 sultan di Tanah Melayu. Keturunan Baginda Nabi Muhammad juga seorang Raja maka Mahdi, Isa juga mesti juga keturunan Raja-raja. Bila seorang RAJA, pasti mempunyai KERAJAAN-AL Mulk ,cop mohor dan panji dsbya...sebagaimana hukum karmanya..

    Setiap utusan mempunyai pasangannya seprti N.Adam & Hawa, N.Musa & N.Harun, N.Isa & Siti Maryam, Nabi Muhammad & Sy. ALi krwajah, maka Mahdi & Isa, pasti mereka mempunyai pertalian darah antara satu sama lain.



    Figure Mahdi berwatakkan adat resam setempat pasti mendapat tentang dari org tempatan,orang Arab dsbgnya.

    Serambi Mekah pun ada 3 tempat- Mekah,aceh dan Kelantan.

    Mengenai namanya sy kurang setuju namanya Muhammad sebab para utusan Tuhan, pasti mempunya namanya khusus/unik. Semua para Rasul mempunyai namanya sendiri -dalam Al-quran dan tentu nama Mahadi mempunyai namanay yg khusus,barangkali namanya (Masyrik) , boleh check passport nya, sama juga dgn nama Nabi kita, dalam Kitab disebuat "AHMAD", gelarannya di tempatnya AL-Amin

    kata setengah orang yang kasyaf, mereka berdua sudah wujud ,sayangnya manusia tidak mengenalinya, hanya melalui pancaindera ke-6 ,boleh mengenalinya, sperti kisah Nabi Muhammad, seorang pendeta yang mengetahui rahsianya..

    Fikirkan , sekiranya ada hidup dizaman Isa as, Baginda lahir tiada Bapa, tetapi menceritakan kisah Tauhid, Nabi Noh bina kapal musim kemarau, Nabi Muhammad saw ,keluar dari Gua,menceritakan kisah tauhid, begitu juga Mahdi ,tidak ada gelaran professor boleh menceritakan rahsia semua ugama, pasti ramai yg menentang...

    semuanya sudah ada diceritakan dalam Kitab Suci/Al-quran...pasti ada orang yang boleh membongkarkan rahsia sebagaimana Sajak Paklah mencari DAMAI Abadi, Tun Mahatir pula slogan pandang ke "TIMUR"(Masyrik)..... :)

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum wbt

    Saya ada terbaca tentang Sheikh Muhammad Fadlullah Suhaimi,pengasas Maahad Muhammadiah Kota Baru Kelantan.Ada cerita katanya bapanya ialah Sheikh Muhammad Abdullah As Suhaime Ba Syaiban,seorang wali Allah.Katanya lagi ada maqam beliau di Kelang.

    Boleh ada siapa2 yg tau cerita pasal ni?

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  17. Saya rasa kejadian tsunami yang melanda Acheh ada kaitan dengan kemunculan Imam Mahdi. Seperti peristiwa Abrahah yang mahu menyerang Mekah sebelum kelahiran Nabi Muhammad SAW. Acheh juga merupakan negeri 'Timur'yang dikenali sebagai serambi Mekah.

    Pada masa Abrahah menyerang Mekah, Allah mengutuskan tentera berupa burung Ababil yang membawa unsur api untuk membersihkan tentera Abrahah. Bagi Acheh pula unsur air digunakan untuk membersihkan bumi Acheh sebelum muncul Imam Mahdi..

    Ini merupakan pendapat saya sahaja, harap maaf kalau tersinggung.

    Kalau kalian ingin tahu, di Terengganu juga terdapat golongan keturunan ahlul bait yang bermukim secara senyap. Hanya jauhari yang mengenal manikam. Wallahualam...

    ReplyDelete
  18. Tanda jelas Imam Al-Mahdi zahir setelah Sungai Furat keluar emas.

    Kemudian pada bulan puasa tahun dimana Imam amalkan haji akan berlaku gerhana di medina munawarah. Gerhana ini tidak dapat dikesan atau dikira oleh NASA.

    Tsunami di Aceh dulu hanya 'iklan' dari Allah SWT. Tsunami yang BESAR ( ombak laut masuk kedaratan paling kurang 40 KM ), insyaAllah akan menimpa Sumatera/Malaysia 2011.

    Malah gempa bumi didaratan akan berlaku juga dan tidak ketinggalan Gunung Berapi Indonesia akan memuntahkan api besar.

    Akan zahir seorang Hafiz Al-Quran yang berkepala anjing membaca Al-Quran sebelum atau selepas berlakunya malapetaka dahsyat sebagai bala' dari Allah.

    Jangan berlengah dalam TAUBAT NASOHA....

    ReplyDelete
  19. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  20. Mr One~ Lagipun, ramalan Nostradamus ada mngatakan bahawa kebangkita Islam berpunca daripda 3 org raja.. antara klunya ialah negeri di belakang sungai sebagaimana dalam blog Holywar sebelum ini.. Bnyak 'ramalan' dia tepat kerana ayah dia(xsilap) mencuri manuskrip Islam berkaitan peristiwa akhir zaman.. Cuma kalau kita lihat ramalan dia tntang eropah dan afrika tidak tepat kerana dia tidak mmnggunakan mnuskrip tersebut..

    ReplyDelete
  21. Salam.
    Rupanya Nabi Muhammad SAW ada banyak nama, rujuk:
    http://longtambang.blogspot.com/2010/05/rahsia-nama-para-nabi.html

    ReplyDelete
  22. "9) Mansoor yang merupakan panglima Imam yang telah diberi Allah SWT Kerajaan, Harta dan Tentera Berdisiplin ( Jemaah Muslim ) akan bertemu Harith Al-Harras di Ma Wara' An-Nahar."

    err tumpang lalu cek nak tanya..sebutan betul harith al harras ke harith al harath?..sory nk tnyer je :)

    ReplyDelete
  23. salam semua
    saya ingin tahu pada semua pembaca blog, ada sesiapa yg menyimpan artikel dr blog hollywar efairy..boleh diemail pd saya emerldquantum@gmail.com
    shamsul dari jb

    ReplyDelete
  24. Assalamualaikum...

    Sesiapa yang kata Imam mahdi bakal muncul di Malaysia atau Indonesia, ibarat orang yang kata Brazil atau Argentina akan ke final FIFA 2010.

    Sila beri perhatian pada KEPULAUAN SULU, SELATAN MINDANAO, FILIPINA. Ada KERAJAAN ISLAM di situ.

    ReplyDelete
  25. Marilah berTAWAKKAL pade ALLAH S.W.T. andaikata diriku dapat bersama IMAM MAHDI...itulah impian hambaMU yang hina ini Ya ALLAH..

    ReplyDelete
  26. http://www.scribd.com/doc/6803282/Putera-Bani-Tamim

    ReplyDelete
  27. mohon penyuluhan,

    Apakah sempadan sebenar Timur & Barat? meridian greenwich Line tu ker? bkn ker itu direkacipta oleh Barat?
    menurut 1 kajian, kaabah di mekkah itulah merupakan garis yg plg tepat lg sesuai sbg Dateline atau titik tengah dunia. bknnya Greenwich line rekaan tu.

    soalan:
    Adakah benar Benua America itu trltak di Barat?
    siapa yg mereka cipta idea trsbut?
    pernahkah benua America itu disebut dlm Alquran/ hadis nabi?
    Bgaimanapula morocco itu dipanggil Maghribi dlm bhsa arab? bukankah maghribi itu Barat?
    siapa yg menyusun peta agar benua America terletak disisi paling kiri/ barat.
    Bukankah Alaska itu asalnya bersambung dgn Russia di Asia. hanya dipisahkan oleh selat sejauh bbrapa Km.
    Dengan ini, definisi Timur -Barat perlu diperhalusi kembali. tidak sekadar mengikut teori Geography barat bulat2.(mybe include in conspiracy) cuba perhatikan definisi Masyriq-Maghrib menurut Islam.

    Jika Amerika itu merupakan Hujung Dunia dan merupakan tanah Paling Timur Dunia,
    Maka Tidak Mustahil, Imam Mahdi sbnrnya akan Muncul dari US yang mana beliau adalah merupakan bangsa Arab western Muslim yang 'Ajam lagi minoriti di US(namun bersatu dan sedang berkembang) dan bercakap bahasa Inggeris yang merupakan Bahasa Dunia' yg difahami ramai manusia.

    Kawasan (pantai timur)paling timur di US adalah Florida.
    dan ini berdekatan pula dengan Bermuda Islands dimana terletaknya Segitiga Bermuda (dimana wujudnya Dajjal)
    -sila rujuk Google earth.

    bukankah dikatakan Kedua2 entiti ini bangkit dr satu wilayah yang agak tidak berjauhan namun orang ramai yg tdk menyedari?

    Mungkin kita tdk perlu terlalu 'asyik dgn teori Nusantara dan Bani tamim Alam melayu bagai tsbt.
    possibilities may happen.
    bimbang jg kot2 kempunan, sbgmana kisah bani quraish, wal 'iazubillah min zalik.

    -wallua'lam-

    ReplyDelete
  28. kaji sulatus salitin karangan panglima lanang.

    ReplyDelete
  29. menyimak uraian hujan malam, saya malah berfikir begini. Katakanlah, peta modern dibuat oleh kaki tangan dajjal dengan meletakkan amerika di sebelah timur. Maka, mungkin, tujuannya adalah untuk memberi hujah bagi kemunculan mahdi ala mereka, yaitu mahdi palsu. mungkin, obama atau imam feisal (penggagas mesjid ground zero di new york) atau entah siapa kelak akan diproklamirkan kepada segenap umat islam sebagai pemimpin yg mereka tunggu selama ini.

    ini hanya pendapat saya, wallahualam.

    ReplyDelete
  30. Otisa..

    Maklumat bhw imam mahdi bukan alim ulama, asal tanah melayu mengikut sumber mossad tu amik dari mana? kenapa sumber maklumat tu berbeza dgn hadis2 yg kita percaya?

    Adakah ciri2 imam mahdi juga disebut dlm taurat? Adakah hadis2 berkenaan ciri imam mahdi adalah hadis2 palsu yg disampaikan oleh ramai munafik2 yg memakai jubah ulama atau jubah sbg perawi hadis?

    Adakah dajjal pernah muncul byk kali dlm sejarah menyamar sbg ulama popular atau hebat? Agakanya dajjal berkemampuan tak menjadi ulama yg dianggap bertaraf mujahhid atau digelar Al-Hujjatul islam.

    Aku teringat kisah 2 org munafik berjubah ulama yg merancang mencuri jenazah rasulullah. Tiada siapa pun tahu ttg rancangan itu. Ulama2 sufi yg mengaku dekat dgn Allah, wali2 yg mampu solat 1 ribu rakaat sehari atau mampu terbang, guru mursyid tasawuf atau tarekat yg mencapai makam yg tinggi di sisi Allah semuanya tak tahu bhw 2 org 'ulama' tu sebenarnya munafik.. Hanya khalifah saje yg mendapat mimpi dr rasulullah ttg rancangan itu..

    Jika yahudi, atau dajjal menghantar ramai agen2nya yg memakai jubah ulama dan sampaikan byk hadis2 palsu, adakah sebahagiannya dianggap hadis sahih? Dan terdapat dlm hadis2 ttg imam mahdi dan dajjal?

    ReplyDelete
  31. Salam

    Hujan Malam-Peta dunia di lakar oleh orang eropah untuk menunjukkan bahawa benua eropah sebagai centre of the world. Versi amerika yang jarang kita jumpa pula meletakkan benua amerika di tengah-tengah. masing-masing berebut untuk menetapi centre of the world. timur tetap timur iaitu Timor Timur(the real land at the end of the world)

    Otisa-saya tidak bersetuju bahawa Imam Mahdi bukan orang Alim bahkan dia adalah mujaddid kurun ke enam belas seperti mana mujaddid-mujaddid sebelumnya yang antaranya Umar Abdul 'Aziz, Imam Syafie, Imam Sayuthi, Imam Fahrurrazi dan sebagainya tetapi tidak termasuk muhammad bin suhaimi dan asyaari.

    Juga definasi imam-para sahabat Nabi Shalallaahi alaihi wassalaam di rujuk sebagai sayyidina dan generasi ulama selepas mereka di mulia dengan honorific Imam

    ReplyDelete
  32. salam. pendapat otisa dan fuardo jika diperhalusi menepati hampir 90% ciri2 imam mahadi..ini adalah kerana jika kita berpegang pada ajaran islam sebenar kita boleh dapat kebenaran melalui ilham yang diberi oleh Allah..cara untuk mengesahkan adalah dgn kembali kepada ajaran Rasulullah..xguna kita disini memberikan pandangan mengikut rasa dan pandangan yang belum tentu benar..kita bersama bertafakur dan lakukan solat hajat dan istikharah untuk mendapat petunjuk..InsyaAllah jika kita ikhlas apa yang bersarang di fikiran akan terjawab, dgn syarat kita ikhlas dan yakin apa yang kita lakukan adalah kerana Allah semata-mata....smua ini adalah Hak Allah yg telah disusun sejak azali..jadi kita insan yg lemah jgn byk pertikai apa yg perlu kita lakukan adalah minta petunjuk dan yakin atas apa yg akan berlaku...jika kita mendapat ilham ciri2 imam mahdi maka kita perlu memanjat syukur dan kena yakin kerana itu adalah karunia Allah kepada hamba dia yang ikhlas..semoga kita semua mndpat petunjuk dariNya..AMinnn!!

    ReplyDelete