Solomon Temple bakal didirikan. Dua masjid di Palestin dikelirukan dengan taktik memberitahu kepada umum bahawa salah satu daripada masjid tersebut adalah al-Aqsa palsu dan satu lagi yang benar. Di tempat lain pula khabar lain yang disebarkan. Kemudian mereka mula meruntuhkan masjid-masjid di sana dengan alasan 'tertembak/terbom' ketika berperang dengan hamas.
Lalu diruntuhkan salah satu daripada masjid tersebut dan mereka memberitahu kepada umum :
"lihatlah al-Aqsa kamu masih tegak berdiri! Kami hanya meruntuhkan masjid ini untuk kuil kami supaya kamu punyai masjid, dan kami punyai kuil di tanah kerajaan lama Jerusalem. Barulah adil!"Lalu sebahagian umat Islam membenarkannya kerana alasan yang sebegitu. Persoalannya, kenapa umat Islam lemah sangat, b***h sangat untuk memahami maksud sebenar MASJID! Lindungilah al-Aqsa kerana itu tempat kita mengabdikan diri kepada Allah. Jika kita lindunginya dengan sebab itu tanah suci kita, tanah bersejarah kita kerana pernah menjadi kiblat kita, mereka juga menaklukinya dengan memberi alasan kepada kita tanah itu juga adalah sejarah mereka.
Lihatlah berapa ramai yang bakal memberikan komen di setiap corong perbincangan menegakkan al-Aqsa berbumbung hijau sedangkan umat Islam di negara lain menegakkan al-Aqsa berbumbung emas. Adakah kamu semua mahu berpecah hanya kerana ini? Tidakkah kamu sedari tindakan ini telah menghina masjid itu sendiri? Masjid adalah tempat dimana kita bersatu sesama saudara dibawah satu bumbung. Tetapi kita yang belum pernah menjejakkan kaki ke sana lagi sudah pun berpecah.
masjid kubah emas di sebelah kiri, kubah hijau di sebelah kanan. ditengahnya adalah 'tempat suci' yahudi laknat yang dipanggil 'wailing wall/western wall'.
Kita pandai mengatakan tentera panji hitam takkan tertegak selagi masjid tidak dipenuhi. Tapi kita sendiri yang tidak memenuhi masjid. Kita sudah diberi makanan yang merosakkan hati melalui hiburan, sukan dan pelbagai lagi perkara melalaikan. Semua itu tidak salah tetapi kita sendiri terlalu melayankan apa yang disukai. Dimanakah kefahaman kita tentang kepentingan masjid yang menyatukan ummah? Dimanakah pengetahuan kita tentang kepentingan seruan azan yang memanggil?
Kiamat hadir hanya setelah azan sudah tidak didengari. Itu tanda kecilnya. Tidak sedarkah kita perkara itu telah berlaku? Adakah kita mendengari apa azan yang kita dengar? Adakah kita terus mendirikan solat setelah azan dilaungkan? Bulan dan bintang ditegakkan tapi azan tidak ditegakkan. Masjid hanya pada nama! Kita terlalu mementingkan nama al-Aqsa tetapi kita meninggalkan peranan masjid! Kenapa kita sibuk membuat bising mengenai al-Aqsa yang sebenar dengan meninggalkan kepentingan masjid yang satu lagi?!
Salah seorang daripada mereka mengatakan bahawa mereka tidak akan gerun dengan tentera Islam selagi mereka tidak pergi menunaikan solat subuh seperti mereka pergi menunaikan solat Jumaat. Saya yakin, tiada seorang pun daripada kita yang takkan pergi ke masjid pada waktu subuh selagi kita tidak mengetahui peranan masjid yang menyatukan ummah.
Apa sudah jadi?
wAllahua'lam. Ini adalah pandangan saya. Sila betulkan mana-mana bahagian yang salah.
::freedom::
betul... kita sering lihat orang mengeluh keras isu2 palestin dan Masjidil Al-Aqsa. namun realitinya umat Islam di Malaysia tak sekuat mana imannya, sering melebihkan hiburan dan halwa manis nafsu dari menelan kepahitan situasi agama sendiri. sering melepaskan tanggungjawab kepada orang lain. malah sering mengutuk orang yang berbuat kebajikan dan mengajak ke jalan Allah. padahal mereka hanya goyang kaki. :(
ReplyDelete-abuhakeem-
al-aqsa adalah "tapak" ibadah seperti mana masjidil haram.
ReplyDeletesila rujuk disini
http://fabulaislamic.blogspot.com/2010/01/bangunan-al-masjid-al-aqsa-yang.html
saye pun pernah baca yang dorang dah research pasal islam sebelum dorang serang.
ReplyDeletesebab tu dorang tak takut, sebab kita dah tak ikut cara nabi dulu, solat subuh saf banyak, penuh surau. masa tulah dorang gerun sbb umat islam kuat, macam sejarah perang2 lain yg kita menang dulu kan.
tapi sekarang tidak lagi :(
ps: saye link blog ni ye :)
Biasanya kalu nak nampak saf penuh pada waktu solat subuh dapat dilihat hanya pada bulan ramadhan shj...
ReplyDeleteAlasannya lps sahur takkan nak trus tdo, jd berduyun la ke masjid @ surau, kira ada yg t'sedar tp cuma pd bln ramadhan je ler.
'Kita pandai mengatakan tentera panji hitam takkan tertegak selagi masjid tidak dipenuhi'. Sangat setuju dgn penyataan ini. Kebanyakan pembaca blog taksub dengan panji2 hitam dan suka melaknat yahudi kerana kekejaman mereka di bumi palestin. Hakikatnya yang menghantar bantuan 'dana' ke Israel adalah juga orang-orang Islam. Adakah Imam Mahdi akan muncul untuk membantu orang-orang Islam yang bodoh dan buta yang meninggalkan agama sendiri? Lihatlah masjid dan surau dikampung sendiri sepi tanpa pengunjung. Ingatlah, Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka berusaha mengubah nasib mereka sendiri. Jika orang Islam (esp orang Melayu) masih belum paham2 ayat semudah ini, maka perjuangan orang Islam masih jauh lagi.
ReplyDeletesaya setuju dengan komen belalang o belalang.
ReplyDeleteoleh kerana pendapat dia sama dengan saya,saya tak komen dah la.
salam.
Kawan saya(seorang Arab Palestin) cakap, salah seorang pemimpin Yahudi pernah cakap : Jangan risau, Arab takkan dapat kalahkan kita selagi diorang tak reti nak beratur naik bas.
ReplyDelete