Penubuhan negara Yahudi Zionis Israel telah diusahakan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melalui sebuah resolusi bertajuk United Nations Partition Plan for Palestine atau United Nations General Assembly Resolution 181 (II) Future Government of Palestine yang telah laksanakan oleh Sidang Umum PBB pada 29 November 1947. Ia dipersetujui oleh 33 negara, ditentang oleh 13 negara dan sebanyak 10 negara berkecuali.
Resolusi itu selanjutnya mahukan Mandat British berakhir pada 1 Ogos 1948, iaitu mereka mahukan kerajaan British keluar daripada wilayah tersebut sebelum penubuhan negara Yahudi dapat dilakukan dengan membahagikan sebahagian tanah wilayah umat Islam di Palestin kepada wilayah yang diduduki oleh kaum Yahudi dan wilayah yang diduduki oleh umat Islam.
Rancangan tersebut telah ditentang oleh negara-negara Arab ketika itu. Dan selepas tentera British mengundurkan diri dari Palestin, negara-negara Arab berperang menentang aksar Yahudi pada Mei 1948 yang menyaksikan tentera Arab kalah dan kaum Yahudi mengisytiharkan negara Israel didirikan pada bulan Mei 1948. Peristiwa tersebut telah menyebabkan beratus-ratus ribu umat Islam meninggalkan kampung halaman mereka dan peristiwa tersebut dikenali sebagai Nakba, yang juga telah mengakibatkan kebanjiran kaum Yahudi dari seluruh dunia ke wilayah Palestin yang menjadikan penduduk Yahudi yang dulunya kaum minoritu menjadi kaum majoriti di wilayah Palestin selepas penubuhan Israel pada 1948. Hakikatnya, PBB telah mengetuai negara-negara kuffar memulakan sengsara ke atas umat Islam di Palestin sehingga sekarang.
Dalam peristiwa lain, pada tahun 1995 ketika perang Serbia dan Bosnia, PBB bertanggungjawab mengakibatkan seramai 8,000 penduduk muslim Bosnia di bandar Srebrenica termasuk wanita dan kanak-kanak telah dibunuh secara rambang oleh tentera Serbia. Pembunuhan ini dilakukan melalui suatu persetujuan oleh tentera Serbia dengan tentera pengaman PBB yang terdiri dari askar-askar Belanda, walaupun bandar Srebrenica telah diisytiharkan oleh PBB sebagai kawasan selamat. Salah seorang mangsa yang terselamat daripada pembunuhan beramai-ramai tersebut, Hasan Nuhanovic berkata, “Kaum keluarga saya yang telah dipaksa keluar daripada pangkalan tersebut oleh tentera Belanda telah diserahkan kepada tentera Serbia”, menurut laporan dari Islamonline.net pada 16 Jun 2008 [Rujukan http://www.islamonline.net, diakses pada 8 Jun 2010]. Kaum keluarga Hasan telah dibunuh oleh tentera Serbia semasa kejadian tersebut.
PBB adalah pertubuhan yang bertanggungjawab secara langsung membunuh umat Islam di Palestin dan Bosnia serta banyak lagi tanah kaum Muslimin. Berapa ramai lagikah umat Islam yang akan menjadi mangsa PBB secara langsung atau tidak langsung? Apa yang amat menyedihkan adalah masih ada sesetengah umat Islam dan pemimpin negara umat Islam yang masih mahu mendapatkan penyelesaian daripada PBB, tanpa memerhatikan asal-usul dan realiti sejarah penubuhan PBB.
Selagi umat Islam terus menerus mengharapkan PBB, selama itulah umat Islam akan terus dikeroyok, sebagaimana yang dijelaskan oleh sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud yang berbunyi:
Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; "Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dun seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi saw. menjawab, "Bahkan kanu pada hart itu banyak sekali, tetapi kanu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan"'.
Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu wahai Rasulullah?" Nabi kita menjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati".
![]() | |
| Beranikah anda berjuang berdepan musuh sebagaimana adik kita di | Palestin? |
Best regards,
Mr One


Selama mana negara kita masih mengharapkan PBB, selama itu usaha sia2 pemimpin kita takkan berhasil.
ReplyDeleteMemang begitulah sepatutnya negara-negara Islam dan umat Islam melihat PBB itu sebagai salah satu golongan musuh. Mungkin juga keseluruhan negara-negara yang bernaung di bawah PBB itu sendiri akan menjadi musuh Islam pada masa akan datang.
ReplyDeleteWallahualam.
Pada saya,ye mmg dr dulu saye x brape suke pbb,tgk saja lah org dalam nya,semua pun yahudi,so terus terang la pada saya,pbb ni kite boleh lawan balik tapi ade satu saje syaratnye.semua umat islam perlu bersatu.itu aje jalannya.kerana kebnykn pmmpin arab skang dah disogok dan penakut,itu yg jd pbb dan 'mereka' makin naik lemak.
ReplyDeletekalau saudara sekelian ingin melihat/membaca perkaitan antara yhudi & PBB, cuba baca blog http://tanya-ustaz.blogspot.com byk artikel dlm ni mengaitkan yahudi, dajjal, PBB, zionis dsb...bagaimanapon jgn anggap ianya adalah sahih, ia juga adalah blog seperti blog yg lain...bacalah dan buatlah penilaian masing-masing...
ReplyDeletewallahua'alam...sekadar perkongsian...