Selamat datang ke blog FOM, blog kedua kami selepas holywar-efairy.blogspot ditutup.

Related Posts with Thumbnails

Konspirasi Bola Sepak Dunia [World Cup].


Salamua'laik,

Kalian sudah puas dengan keputusan Piala Dunia yang baru lepas? Baiklah, kini kita tumpukan perhatian kita berbalik kpd kajian konspirasi 'kebetulan' semula. Terima kash kpd saudara Rijal82, JTR, BradoKapak dan beberapa lagi pengkaji konspirasi lain atas pendedahan awal mereka mengenai Piala Dunia yang lepas.

Mavi Marmara diserang, satu dunia menumpukan mata pandangan ke Gaza lalu meninggalkan Bilderberg melakukan mesyuarat secara senyap. Terima kasih kpd IbnuYaacob.com yang mendedahkan hal mengenai mesyuarat ini. Mavi Marmara kemudian ditinggalkan kita lalu terbanglah kita keawangan menuju ke Afrika Selatan melihat dan 'memuja' kehebatan ciptaan Tuhan yang juga kebanyakan drpd mereka adalah anti-Tuhan.

Para pengkaji konspirasi telah mendedahkan logo Piala Dunia yang berbentuk kepala Horus dan bola yang digunakan ketika Piala Dunia (Jabulani) yang menyamai lambang Jahbulon. Jahbulon adalah ALAT sembahan Freemason yang dihasilkan drpd gabungan triniti Jehovah, Ba'al dan Osiris. Para saintis terhandal dunia telah membuat beberapa siri kajian supaya bola kesayangan mereka itu menjadi bulatan yang sempurna dan menjadi rebutan dan kesayangan para 'pahlawan' atas padang. Perancangan mereka tidaklah selengkap perancangan Allah. Sepanjang kempen Piala Dunia, 'kesempurnaan' Jabulani telah memberi banyak masalah kepada para pemain dan memaksa Adidas (pengeluar) menghantar bintang-bintang mereka (Ricardo Kaka, Petr Cech, Oliver Kahn, Michael Ballack dan beberapa pemain lain) mempertahankan Jabulani.

Tanpa kita sedari, upacara pembukaan Piala Dunia juga sebenarnya dipenuhi dgn upacara sembahan 'dewa' mereka (saya tidak berkesempatan menyaksikan upacara pembukaan. bahagian ini diceritakan kpd saya melalui gambar-gambar dan penerangan-pe.erangan yg disiarkan di laman BBC. maaf jika ada sebarang bahagian yg salah)

Upacara dimulakan dengan persembahan penyanyi Afrika dengan bunyian gendang dan alat-alat muzik yg lain. Persembahan ini dipanggil The Calling. Siapa yang mereka panggil?

Mungkin ini yg mereka panggil utk masuk ke tengah padang dan menjadi perhatian dunia.. [BBC: A giant human-powered dung beetle dribbles an equally large Jabulani around the pitch to the delight of the fans in the stadium]

Upacara pembukaan diteruskan dengan beberapa krew mengangkat kumbang (Dung Beetle) yang menolak masuk Jabulani ke tengah pentas persembahan/padang. Kumbang juga merupakan salah satu unsur penyembahan firaun mesir kuno. Manusia/kita mengangkat kumbang tersebut dan kumbang tersebut mengangkat Jabulani ke tengah perhatian dunia supaya menjadi tatapan dan pujian semua.

Penyanyi terkenal Hollywood (ejen mata satu terhebat), R Kelly bersama Soweto Spiritual Singers, penyanyi gereja Afrika menyanyikan lagu 'Sign of a Victory' sebagai tanda kemenangan mereka menjauhkan perhatian dunia drpd isu-isu yg jauh lebih penting.

Peta Afrika dilakarkan ditengah padang diperhatikan seluruh masyarakat dunia. Sememangnya tumpuan kita tertumpu disana!

[BBC : A smoking calabash, depicting the stadium design is featured during the opening ceremony]

Mereka diluar stadium (the Hidden Hand) menggunakan kita semua dgn 'membakar' kita dalam kawah berapi besar (stadium) dalam upacara penyembahan matahari mereka! Pembinaan stadium Soccer City, Johannesburg berbentuk kawah berapi disertai dgn bahagian dalaman yg diwarnai dgn warna api.


Sepanjang kempen Piala Dunia, kita disajikan dengan kehebatan sotong Paul menyesatkan umat Islam. Dengan senang kita menerima Paul dan pasangannya Pauline dari Jerman dengan mengiakan kehebatan mereka. Sotong (dalam bahasa Jerman dipanggil Krake) memang sudah sinonim dengan mitos Kraken, sotong gergasi di tengah lautan dalam yang menghancurkan kapal-kapal besar. Sudah terang lagi bersuluh, sotong Jerman tersebut memang disediakan awal-awal bagi memecahkan buih-buih di lautan. Bukankah nabi sudah berpesan, umat Islam akhir zaman hanya ibarat buih-buih di lautan? Jika anda rain perhatikan laman web-laman web yang menyiarkan berita bola sepak sepanjang kempen Piala Dunia, anda sebenarnya dapat mengagak bahawa pemenangnya memang sudah dipilih awal-awal lagi...

Allahua'lam...


27 comments:

  1. mungkin jugak.. kalau ikut simbol2 kat logo spain pon byk unsur2 freemason

    ReplyDelete
  2. ya. logo negara2 lain juga penuh dgn salib dan kepercayaan2 karut yg lain.. :)

    ReplyDelete
  3. oh, so sotong dan kumbang najis tu penyembah setan lah ye?

    ReplyDelete
  4. baru faham..patutlah kptusaan pengadil bnyak dpertikaikan..rupa2nya dah rncang awal2..

    ReplyDelete
  5. ada 2 perkara yang saya setuju,
    pertama, kecewa dengan masyarakat dunia yang simpati pada bantuan kemanusiaan ke gaza, namun apabila world cup bermula, semuanya dilupakan.

    kedua, masyarakat dunia yang mengakui kehebatan sotong paul termasuk orang islam, tersangatlah mengecewakan. adakah ianya satu kebetulan atau keputusan sudah di aturkan?

    wallahualam,
    janganlah kite sesekali berpesong dari ajaran agama.

    ReplyDelete
  6. Kehadiran si sotong Paul tu yang paling jelas sekali...seolah2 dialah penentu kepada semua perlawanan...sebg org Islam..jgnlah percaya..kalau betul pon anggap saja kebetulan...

    ReplyDelete
  7. Sekadar nak maklumkan...

    usaha menghancurkan Islam dan memecah belahkan kita telah lama berlaku...bahkan sejak zaman Rasulullah SAW lagi...lagi, bahkan ketika di Syurga lagi....bagaiman Iblis memberikan sumpahnya kepada Allah bahawa dia akan menyesatkan anak adam sampai Qiamat...

    Freemason, illuminati, dsb hanyalah sebahagian kecil daripada usaha taghut untuk jauhkan manusia daripada Allah SWT...

    Kalau lah misal kata kita dah tahu tentang perkara ini, saya cadangkan perkara seterusnya adalah berusaha untuk;
    1. memperbaiki diri,
    2. memahami semula matlamat hidup kita, kenapa kita diciptakan Allah?
    3. Apakah tuntutan kehidupan ini?
    4. Apakah tugasan kita sebenarnya?
    5. Terus bersama dengan gerakan-gerakan Islam yang boleh membawa kepada penyusunan ummah yang rapi agar serangan pihak2 taghut boleh di atasi kelak dengan jihad fi sabilillah.


    Saya juga mengharapkan agar kita tidak terlalu asyik untuk ambil tahu tentang perkara-perkara yang pasti (dah nyata dalam Al-Quran akan ada golongan yang nak hancurkan Islam dengan pelbagai cara) dan meninggalkan yang wajib ('Ubudiyah kepada Allah, Kesatuan ummah, penegakkan Khilafah).

    Moga Allah memberikan kita petunjuk.

    Wallhu'alam~

    ReplyDelete
  8. itu semua sudah di atur..termasuk sotong tu..
    kalau kita lihat kemenangan spain dari mula hingga final mereka hanya menjaringkan 1 gol setiap perlawanan,hanya 2 game menjaring kan 2 gol..
    sememang seperti mereka merancang..

    ReplyDelete
  9. salam..
    bagi say xyg x reti berkonspirasi ni pula,
    turut merasakan yg berjaga tengah2 malam semata mata tengok bola tu mmg x da faedah...
    menghambakan diri kepada Allah kan lagi elok
    (^^)

    ReplyDelete
  10. Watak sotong hanyalah untuk mencabut iman Umat Islam. Mungkin watak sotong ini dirancang oleh Dajjal yang betul , yang terlantar di Pulau Jepun sekarang ini.

    ReplyDelete
  11. Shahrizat jesuit bertudung luciferJuly 14, 2010 at 10:08 PM

    This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  12. maaf..sotong tu hanya predict match germany...n atas request ramai ,,die predict final skali..bukan smua ya..sekian

    ReplyDelete
  13. Shahrizat jesuit : bagaimana pula dgn anwar yg terlalu mengagongkan amerika? Sampai minta tlg pada mereka? Lari pada mereka? Xhairan ke? Lihat pula dia berucap dlm kebnyakkn forum lua negara yg rata rata nye di taja oleh yahudi.anwar juga ada nama dlm CFR.sudahlah! Usah dipolitikkan smua benda.sudah masa kita bersatu.

    ReplyDelete
  14. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  15. bg aku anwar ke mahathir ke najib ke sama je. the elite dah pengaruh mereka. sama ada mereka dgn rela hati menjadi konco atau pun dipaksa/diugut. so x pyh la pcaya sgt dgn politik zaman skg. igt sket moto the elite, DIVIDE & CONQUER! patut lah melayu skg lemah n semakin me'layu'..

    ReplyDelete
  16. UMNO pembela YahudiJuly 15, 2010 at 5:55 PM

    The Global Voice of the Jewish Community desak Amerika putuskan hubungan dengan Anwar kerana isu APCO. Ini bererti, DSAI perlu ‘bersedia’ dengan risiko nyawa kerana mata-mata Mossad sedang memburu.

    Source: Rijal82

    ReplyDelete
  17. mula2 citer pasal world cup, skrng pulak citer pasal politik.
    kah kah kah kah kah...

    ReplyDelete
  18. tak salah mengkaji tapi jgn terlalu obses
    adakah permainan bolasepak itu sendiri freemason?
    siapakah yg mencipta permainan bolasepak?
    harap pihak anda mengemukakan bukti

    ReplyDelete
  19. pasal sotong paul setuju
    sotong yg menyesatkan, sotong kurafat

    ReplyDelete
  20. tiada siapa yg meletakkan permainan bola sepak itu sebagai permainan masonic dan mengharamkan permainan bola sepak. mainlah, tengoklah, nikmatilah tapi janganlah sampai melalaikan, memecahkan, memburukkan sesama saudara dan diri sendiri.

    apa yg cuba disampaikan bukanlah mengenai bola sepak (perkara besar) tetapi perkara2 kecil yg diselitkan disebalik sukan ini. Bayangkan anda adalah 'mereka' dan ingin menenggelamkan musuh yg jauh lebih ramai kedalam lembah WAHN, sudah tentu anda akan menyelitkan senjata tersorok anda disebalik perkara yg menjadi tumpuan ramai (Lady in Red) bukan? Inilah perkara yg kami (FOM) cuba sampaikan melalui artikel2 kami..

    "Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil".

    ::freedom::

    ReplyDelete
  21. aku jenis memang tak pernah tengok bola dan aku heran kenapa golongan kebanyakan minat sangat kat bola, adakah mereka dah dijampi dengan sihir kabbalah.

    dari dulu aku tengok dah ada something wrong dengan kegilaan rakyat marhain dengan bola ni.

    Yang benar
    hang kebun yang hensem

    ReplyDelete
  22. assalamualaikum w.b.t


    persatuan (freemason taverns) ialah pencetus idea utk SYARAT2/PERATURAN permainan bola sepak.berasal dr england atau great britain sekitar tahun 1863.

    ReplyDelete
  23. oo...
    bru tau..
    lgpon sy mmg xminat bola...
    jd xpernah tgkpon..
    psl sotong tupon xpernah percaya

    ReplyDelete
  24. obses! hidup ikut cara islam sudah. Tak payah pening2 kepala fikir pasal benda ni, duk sibuk nak kaji bagi, padahal x perasan pun, aku yg ngk bola tak rosak akidah pun.

    ReplyDelete
  25. adakah anda yakin anda searang sedang hidup 'secara Islam'? adakah anda yakin akidah anda tidak terkurang? fikirkan semula..

    ReplyDelete
  26. Just my thought,kita dah terlalu lama dan terlalu jauh dijajah oleh Yakjuj Makjuj,hinggakan kita bergantung hidup pada mereka,makan,pakai,sistem pendidikan kita semua dah dikuasai,lihat buku sejarah dunia sekolah kita,kita diajar bahawa manusia berevolusi dari beruk,zaman prasejarah paleolitik,neolitik,mesolitik,kita terpaksa mengiyakan semua ini untuk lulus ujian demi masa depan yang cerah,adakah ini yang kita patut percaya,terfikirkah kita yang peradaban manusia bermula dengan Nabi Adam Alaihissalam,dan nabi-nabi yang seterusnya hingga ke Nabi Muhammad SAW itu adalah penunjuk tahun atau zaman atau peradaban manusia yang sebenarnya. Faktanya saya tegaskan Zaman batu-paleolitik-neolitik-mesolitik adalah tidak wujud,semua ini adalah fitnah dajjal yang disampaikan oleh Yakjuj Makjuj AKA Freemasonry.Buatlah research.

    ReplyDelete
  27. Hidup secara ISLAM adalah balik ke asal kita, BACK TO FARMING!!

    ReplyDelete