sambungan daripada STMI 1 : Umat Islam Sedang Disihir! [1]
Na'am, kini hamba menjemput kalian untuk melihat sebidang peta untuk kalian halusi, dan kaitkannya dengan terjemahan kalamullah diawal topik hinggalah video-video yang telah diberikan:
Kita selalu pening memikirkan "Kenapa umat Islam susah nak BERSATU" bukan? Sejak kejatuhan institusi khilafah Uthmaniah, tanah umat Islam berjaya dipecahkan malahan kekal terpisah hampir seabad lamanya!
Acapkali kita melihat dari skop mata zahir, lupakah kita bahawa dunia adalah suatu fatamorgana yang memperdaya?
Tidak terfikirkah seorang dari kita bahawa kita sedang DISIHIR oleh Dajjal melalui tenteranya yang melata di bumi? Dengan izin Allah, sang Pemfitnah berjaya dan terus berjaya?
Tiada satu mata pun dikalangan Muslim yang mengetengahkan ehwal ini lantaran apa? Remeh? Tak membawa Islam kemana-mana? Khurafat? Tahyul?
JANGAN LUPA, JIKA ANDA PERCAYA BAHAWA SYAITAN ITU MUSUH YANG NYATA, SEGALA YANG DIBAWA BERSAMANYA SEPERTI SIHIR, MAGIK (SILAP MATA), & TIPU DAYANYA JUA ADALAH NYATA DENGAN IZIN ALLAH.
Lupakah kalian sumpah keramat Iblis laknatullah seusai dia dihalau keluar dari Syurga Allah???
Perlu bukti bagaimana umat Islam disihir secara nyata, lihat link ini : Link 003
Masih kuat sihir yang membaluti tubuh kalian? Hamba berikan 2 lagi antidotnya:
video 003
video 004
Tak nampak lagi kita sedang disihir? Telan ubat penawar ni pula:

Logo diatas adalah lambang pertubuhan cabang Freemasons "DeMolay International" mengambil sempena nama Jacques DeMolay, Grand Master terakhir Kesatria Templar a.k.a Tentera Salibi.
Nak cerita panjang nanti sihir yang melekat di tubuh kalian payah nak 'tawar', baik amalkan kaedah yang di ajar Jibril kepada Rasulullah, "BACALAH": Link 004
Dua foto diatas adalah Jata Kerabat Poland & Jata Negara Croatia, persoalannya, "ISLAMKAH MEREKA?"
“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan redha kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: ’Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)’ dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu” Al-Baqarah:120
“..mereka (orang-orang kafir) tidak henti-hentinya memerangi kamu sampai mereka (dapat) mengembalikan kamu dari agamamu (kepada kekafiran), seandainya mereka mampu” Al-Baqarah:217
“Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu mengikuti sebahagian dari orang-orang yang diberi Al-Kitab, niscaya mereka akan mengembalikan kamu menjadi orang kafir sesudah kamu beriman” Ali Imran:100
“Sebahagian besar ahli Kitab menginginkan agar mereka dapat mengembalikan kamu kepada kekafiran setelah kamu beriman, kerana dengki yang (timbul) dari diri mereka sendiri, setelah nyata bagi mereka kebenaran (Islam)” Al-Baqarah:109
“Mereka ingin supaya kamu menjadi kafir sebagaimana mereka telah menjadi kafir, lalu kamu menjadi sama (dengan mereka). Maka janganlah kamu jadikan di antara mereka penolong-penolong(mu), hingga mereka berhijrah pada jalan Allah. Maka jika mereka berpaling, tawan dan bunuhlah mereka di mana saja kamu menemuinya, dan janganlah kamu ambil seorangpun di antara mereka menjadi pelindung, dan jangan (pula) menjadi penolong” An-Nisa’:89
“..mereka (orang-orang kafir) tidak henti-hentinya memerangi kamu sampai mereka (dapat) mengembalikan kamu dari agamamu (kepada kekafiran), seandainya mereka mampu” Al-Baqarah:217
“Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu mengikuti sebahagian dari orang-orang yang diberi Al-Kitab, niscaya mereka akan mengembalikan kamu menjadi orang kafir sesudah kamu beriman” Ali Imran:100
“Sebahagian besar ahli Kitab menginginkan agar mereka dapat mengembalikan kamu kepada kekafiran setelah kamu beriman, kerana dengki yang (timbul) dari diri mereka sendiri, setelah nyata bagi mereka kebenaran (Islam)” Al-Baqarah:109
“Mereka ingin supaya kamu menjadi kafir sebagaimana mereka telah menjadi kafir, lalu kamu menjadi sama (dengan mereka). Maka janganlah kamu jadikan di antara mereka penolong-penolong(mu), hingga mereka berhijrah pada jalan Allah. Maka jika mereka berpaling, tawan dan bunuhlah mereka di mana saja kamu menemuinya, dan janganlah kamu ambil seorangpun di antara mereka menjadi pelindung, dan jangan (pula) menjadi penolong” An-Nisa’:89
Kenapa "lambang kebesaran Islam" juga dipunyai oleh lukisan purba Freemasons seperti dibawah?:

"Katakanlah (wahai Muhammad): "Inilah jalanku. Aku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada ugama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan: Maha suci Allah (dari segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain." Surah Yusuf:108

Alhamdulillah selesai sudah solat kalian 5 kali sehari semalam.
Solat? Dimana anda bersolat hari ini?
-Rumah?
-Surau?
-Masjid?
DALAM KETAATAN, TERSELIT KEINGKARAN!
Bayangkan, setiap hari, berjuta umat Islam termasuk hamba sebenarnya sedang 'menganjing' (maaf bahasa kasar) atau lebih mesra 'mempermainkan' Allah s.w.t?
Lihat masjid kalian, sejadah sujud kalian, hiasan bercorak Islam kalian, SIMBOL APA YANG DIGUNAPAKAI???
"Dan (orang-orang yang beriman kepada Allah), kebanyakan mereka tidak beriman kepada Allah melainkan mereka mempersekutukannya juga dengan yang lain." Yusuf:106
Astaghfirrullah hal 'azim, wahai saudaraku, apa yang telah kita 'sembah' sebenarnya 5 kali sehari semalam? ALLAH atau BULAN SABIT dan BINTANG??!!
Penat Rasulullah membersihkan Kaabah dari Latta Uzza & Geng tapi kita kini dengan megahnya meletakkan 'berhala Islamik' di masjid, sejadah & dinding rumah kita!
Nauzubillahi minzalik!!!
Maka, kini TANGGUNGJAWAB SEMUA YANG TELAH MEMBACA RENCANA INI UNTUK MENGAJUKANNYA KEPADA PARA ULAMA' & UMARA'.
Bertindak sebelum terlambat. Umat Islam & Negara-negara Islam WAJIB diselamatkan daripada permainan fasad Dajjal Al-Masih yang terus menerus menyihir umat ini!
Saksikanlah Ya Allah, sesungguhnya kami telah menyampaikan...
Allahua'lam...

terima kasih untuk peringatan :)
ReplyDeletesaya pun dah lama tertanya..dari mana datangnya simbol bula bintang yang kononnya lambang agama Islam nih.
ReplyDeleteHarap ada kupasan lg tentang bagaimana masjid/surau punyai simbol bulan & bintang di Malaysia ini.Adakah drp pengaruh org portugis/Inggeris/Belanda/India atau dr Arab itu sendiri?
ReplyDeletepetikan dr uthmaniah
ReplyDeleteIt wasn't until the Ottoman Empire that the crescent moon and star (star and crescent) became affiliated with the Muslim world. Legend holds that the founder of the Ottoman Empire, Osman I, had a dream in which the crescent moon stretched from one end of the earth to the other. Taking this as a good omen, he chose to keep the crescent and make it the symbol of his dynasty. There is speculation that the five points on the star represent the five pillars of Islam, but this is pure conjecture. The five points were not standard on the Ottoman flags, and it is still not standard on flags used in the Muslim world today.
Assalamualaikum semua pembaca dan juga tuan pemilik blog...
ReplyDeletebagus usaha saudara menyebarkan tentang kefahaman islam hari ini tetapi perlulah banyak membuat kajian demi kajian lagi...
saya mengesyorkan kepada semua agar mendekati mereka yang alim dalam hal ini terutama mereka yang dari golongan tarikat,hakikat dan makrifat.
bukanlah mudah untuk kita terus menidakkan ataupun mengiakan perihal bulan , bintang ini sedangkan Baginda Rasulullah s.a.w. juga pernah bersabda perihal wajah beliau seumpama bulan dan juga mengenai sahabat-sahabat beliau juga diumpamakan sebagai bintang-bintang di langit.
janganlah kita terus terpedaya dengan doktrin-doktrin dari barat dan seterusnya terperangkap dengan konspirasi ciptaan mereka. Dan yang paling penting lagi adalah ,jangan di samakan perihal Bulan dan Bintang dengan apa yang di amalkan oleh kalangan Freemason ini. Kita perlu mengetahui dahulu apa maksud yang tersirat di sebalik penggunaan Bulan dan Bintang di kalangan umat Islam sejak dari dahulu lagi.
Ini perkara terdapat kefahamannya dari mereka yang telah Makrifat dan kita yang masih dalam pencarian tidak dapat mengupasnya melainkan di beri bimbingan dari mereka yang lebih alim.
Bab-bab hakikat dan makrifat ini tidaklah dapat di bincangkan di khalayak umum tanpa ada pembimbing yang benar memahaminya. Seandainya dari dahulu kita dapat membincangkan dengan sewenang-wenangnya, sudah tentu kuncu-kuncu Dajjal ini dengan mudahnya dapat merosakkan kita sehingga tiada lagi mereka yang hendak Beriman dengan Allah s.w.t.
wallahualam.
bro or sis..
ReplyDeletewa agak konfius la kupasan luorang skang ni..
first luorang banyak sangat bagi link..
lepas tu perkaitan ni wa agak kurang selesa..
agaknya selalunya lu solat memang dalam ingatan bulan ngan bintang ke..
sebenarnya wa agak kurang selesala dengan perbincangan tentang sejadah tu..
sebelum ni pun x silap wa ada kupasan tentang perkaitan sejadah ngan freemason ni..
salahkah jika kita solat di atas tikar yang kononnya di lakukan oleh golongan freemason tu..
tolong ajar wa sket..
maaf jika bahasa wa kasar sedikit..
jika boleh ajar wa yang sangat lemah ni..
insan yang mahu belajar
-addy-
http://haikalisme.blogspot.com
Salam.
ReplyDeleteMr. Free Our Mind boleh x tunjukkan pula maksud-maksud bintang dan bulan yang digunakan & yang terangkan oleh awak diatas dari pandangan orang2 Islam yg penting. Hope we can see that on STMI3
Salam kembali...
ReplyDeletesatu perkara untuk sama-sama kita hayati iaitu berkenaan hadis Qudsi yang berbunyi "Awaluddin Makrifatullah" yang bermaksud "bermulanya agama dengan mengenal Allah". Hadis ini ada golongan yang cuba utk menafikannya. Ini adalah usaha dari mereka agar kita umat Islam hari ini terpedaya dengan corak pengamalan agama mengikut acuan mereka.
Ingatlah betapa pentingnya untuk Mengenal Allah dan perkara inilah yang menjadi salah satu cara yang di tiru atau juga digunakan oleh kalangan Ahli Freemason peringkat tertinggi untuk mereka mendapat Makrifat Iblis. Ini sedikit perkara yang mirip akan pengamalan Islam sebenar tetapi perlulah di ingat mereka menggunakan Ritual yang ternyata bertentangan dengan pengamalan Islam.
Apa-apa pun berbaliklah mengikut cara yang ditunjuki oleh baginda Rasulullah s.a.w. dan inilah cara untuk mengelakkan diri dari tertipu oleh Iblis laknatullah.
wallahualam.
saya rasa simbol ni dah sebati ngan islam atau sng ckp simbol ni dah peluk islam dan dipenuhi oleh nilai2 estetika islam, dan lg pon simbol ni sgt menggerunkan org2 barat yg bukan islam....
ReplyDeletecontohnya ...Proton tak laku di UK sewaktu mula2 masuk dulu selama 2 taun....
agak2 sbb apa?
sbb lambang bulan bintang proton......proton terpaksa tukar lambang bulan bintang semata-mata utk laku di UK
senang citer lambang ni dah diislamkan dan rasanya x da lagi dikaitkan ngan nilai aestatic yg bercanggah ngan agama...
dalam byk2 isu yg dibangkitkan FOM...ini antara yg 'terbodoh' dan cara ia diolah menggambarkan sultan mehmet al-fatih dulu smcm 'bodoh' memilih lmbg bulan bintang....
sedangkan kita semua tau sultan mehmet adalah pemimpin terbaik seperti yg diceritakan dalam hadis nabi.....kehebatanya yg luar biasa adalah kerana solat tahajud setiap mlm sejak baligh....mmg osem gila.....FOM ngan saya sendiri pon tak mampu nak buat.....
simbol bulan bintang ni boleh la jugak kita masuk dalam seni estetika....
kita tgk dulu di Jawa bagaimana setiap seni yg berunsur estetika hindu telah diolah oleh wali songo ke arah bernilai estetika islam...
pokoknya.....apa saja yg kita buat mestilah berfalsafahkan nilai2 islam......
cth lagi patung berhala....tak salah bina patung jika ianya berdasarkan nilai2 islam dan juga membawa estetika yg islami...tapi yg salahnya bila ia dibina dgn tujuan mensyirikan Allah....
kalau x silap saya, ada dlam jejak rasul sicupak dr istanbul, mengenai kubur2 pra islam di bosnia, yg sememangnya pakai lambang bulan bintang di atas batu nisan. kaum ni mmg kaum yg beriman dan mereka ni adalah tok nenek org bosnia skang.......mungkin sesiapa boleh clearkan lagi benda ni.
lagi cth, org indon yg banyak pakai nama hindu pra islam seperti Krishna(dewa hindu)walau pun islam......adakah dosa mereka itu?
simbol bulan bintang hanyalah satu simbol buat kerajaan ottoman, dan disebabkan ottoman tu islam maka ia dikaitkan ngan islam sekali dan sudah menjadi sebati dan establish....
tak ubah macam simbol bintang kerajaan nabi daud yg digunakan dulu oleh nabi daud dahulu...tapi sekarang di gunakan puak zionis dan yahudi.....
lagi satu....bulan bintang adalah satu simbol yg universal dan x specific............sapa2 dlm dunia ni boleh guna.....bezanya apakah nilai falsafah dan estetika yg terkandung dlm penggunaannya.....
senang cerita la...simbol ni tak lari jauh drpd Seni....seni adalah abstrak, ada nilai estetika....dlm penggunaan bendera, mewakili kerajaan ottoman dan sekali gus islam kerana ottoman adalah pemegang khalifah dan menjadi ketua islam sedunia, dan bulan bintang membawa nilai estetika islam dan mengagungkan Allah.
kerajaan islam seperti johor menggunakan bendera turki yg ada bulan bintang sbg pengisytiharan sbg sebahagian drpd daulah islamiah turki.....sbg provokasi melawan british(kan setiap bendera jajahan british ada bendera union jack diatas kanan)
jgn kerana terlalu banyak berteori konspirasi, kita lupa pada realiti........itu yg dapat saya simpulkan mengenai FOM dan isu ini.
terima kasih anon 5:58 kerana menyatakan pendapat. disini saya hanya ada satu yang ingin dipersoalkan kembali. jika lambang bulan dan bintang adalah sebenar-benarnya lambang Islam, kenapa nabi sendiri tidak menyatakan panji kebenaran dari timur itu panji bercorakkan bulan dan bintang? sebaliknya mereka akan menggunakan panji hitam. sedangkan merekalah pembawa kebenaran akhir zaman dan merekalah yang menaikkan semula apa yang sebenar-benarnya nabi ajarkan dulu.
ReplyDeletedan Sultan Muhammad II bukanlah seorang yg hina kerana amalannya melebihi amalan majoriti drpd kita termasuk diri saya. bulan dan bintang digunakan hanyalah sebagai lambang kpd penaklukan kota Istanbul (nama sekarang) dan bukan lambang agamanya.:)
Bimbang logo mata satu berada dimana² dalam dunia sukan, hiburan, media dan lain². Nyata orang kita amat fobia dengan simbol (trmsk sy sndr). Agak² kalau logo tu ade pd seluar dlm kita, adakah kita masih takut utk membuang hajat?
ReplyDeleteApakah sudah hilang rasa gerun kita dengan Allah? Allah is the best protector...
Menghafal 10 ayat pertama surah al Kahfi disebut oleh nabi saw dapat menghindarkan dari fitnah Dajjal. Adakah freemason / illuminati / seangkatan dgnnye mrupakan fitnah dr dajjal / seolah-olah ia sebuah pertubuhan bayang-bayang shj? Inilah fitnah Dajjal yg mahu kita ‘distracted’, keliru, resah, dan buntu seolah-olah tiada jalan keluar.
Allah yang akan memelihara Islam dan akan memenangkannya. Kita perlu banyak melakukan amal soleh, menjauhi munkar dan menegakkan yang maaruf.
info dr kajian FOM sgt mmbuka minda... diharap dpt dsertakan kaedah / doa² mustajab yg blh digunakan pembaca dlm mghadapi fitnah demi fitnah sbg pendinding umat Islam slrhnya...
1. yg nyata lambang2 freemason ada di sekitar kita dan kita menggunakannya dgn sedar / tidak. jadi adakah amal ibadah kita tidak diterima ALLAH sekiranya dgn sedar / tidak kita menggunakan lambang freemason sdgkan dlm hati kita tidak secubit kuman pun untuk menyirik / mensekutukan ALLAH malah apa yg saya tahu, ALLAH yang menenetukan sama ada ibadah kita diterima / tidak
ReplyDelete2. saya amat bersetuju sekiranya perkara ini dibawa berbincang di peringkat yg lebih besar sprti para ulama.
3. adakah tv, radio dan internet juga merupakan dakyah freemason???
Penutup entry yang melucukan hehehehehe.Kenapa bulan dan bintang dijadikan simbol islam? jawapan yang mudah ialah bulan dan bintang selalu menjadikan rujukan umat islam dalam menentukan tarikh dalam bulan2 islam dan masuk waktu solat atau dipanggil Takwim. Bulan dan bintang juga dijadikan sebagai rujukan bagi menentukan kiblat. Kesimpulan yang boleh dibuat disini ialah tuan punya blog ni dah terlebih pandai :P .
ReplyDelete-ore kelate-
Kebodohan penulis blog telah teserlah
ReplyDeletehttp://bit.ly/b1UIOh
tiada bukti menyatakan bulan dan bintang dijadikan sbg lambang Islam kerana menjadi rujukan sistem takwim. dan bulan tidak boleh digunakan sebagai penentu arah kiblat. hanya bintang dan matahari sahaja. kalau disebabkan penentu arah kiblat, maka akan digunakan matahari dan bintang.
ReplyDeleteasal sesuatu perkara adalah harus sehinggalah adanya bukti-bukti yang menunjukkan ketidakharusan perkara tersebut.
soalan saya : mengapakah nabi telah mengatakan penegak kebenaran akhir zaman menggunakan bendera hitam sebagai lambang seperti pada zaman nabi dan bukan bendera bulan dan bintang?
Bulan popular sebagai alat penentuan bulan2 dalam takwin hijrah.
ReplyDeleteBintang popular sebagai alat rujukan arah kiblat dan rujukan arah ketika mengembara dan belayar.
Susah sangat ke nak faham?
saudaraku, siapapun anda, jika hanya kerana sistem takwim dan kiblat bulan dan bintang dijadikan lambang agama islam, maka telah lama nabi sarankan perkara tersebut kerana sistem kalendar hijrah telah terbit saat baginda masih hidup lagi dan nabi tidak akan meneruskan penggunaan bendera hijau/hitam/putih ketika berperang.
ReplyDeletemungkin kerana nabi telah tahu tentang lambang bulan dan bintang yg telah ujud sejak sekian lamanya lagi. saya sarankan saudara sekalian mengkaji tentang peristiwa nabi musa dan samiri dan kaitannya dengan perkara ini.
tuan pye blog..
ReplyDeletenpe terlampau nk mengkaji nih sgt..
tidakkah anda fikir freemason saje mggunekan simbol ini utk mengelirukan kite?? ape yg susah..bukanke da tertulis..selemah lemah iman adalah dgn tidak membenarkan dgn hati..utk kite melawan smue nih mngkin dah tak terdaya..kerana kita smue da totally lost kt zaman nih.. cukup la sekadar dgn undang2 d malaysia je..knpe gune hukuman takzir..knpe x gune hkman hudud?? kita hanye dapat tidak membenarkan dgn hati je.. dan ALLAH S.W.T akan paham situasi kita..
Salahkah dia atau sesiapun mengkaji?
ReplyDeleteingat orang kafir yang mengkaji tentang Big bang yang buktinya dah ada dalam AL-QURAN.
mengapa anda nak pertikaikan kajian yang dilakukan saudara agama anda sendiri.?
anda prejudis sebenarnya..bahkan ramai di antara kita yang lebih mempercayai kajian puak kafir dari saudara seagama.
mohon hujahan dan authority yang berasas.
terima kasih kepada FOM kerana menimbulkan isu ini. belajar lah dari sejarah berapa ramai umat2 yang ditipu dan dibinasakan. skrg zaman FITNAH.anda faham FITNAH? menyembunyikan sesuatu yang tidak elok menjadi elok bagi pandangan mata.
kalaulah kita dapat balik ke zaman khulafa Al-Rasyidin dan dinasti Islam yang lainnya sebelum Uthmaniah. tentu mereka hairan dengan penggunaan simbol bulan sabit dan bintang di kalangan umat Islam yang jelas dan terang lagi bersuluh digunakan bangsa2 pagan yang menyembah Dewa dewi.
teruskan jihad anda membongkar konspirasi. semoga ada golongan kita mengenal apa itu fitnah akhir zaman.
cuba korang fikir..ini semua teori bukan fakta..saya bukan nak cakap ni salah..tapi saye rase xslah or "kafir" kalo pakai lambang tu..contohnye...kite tengok TV tengok ceramah agama..dapat pahala..yg sorng tu tengok TV tengok cite "blue"..dapat dosa..tapi same je tengok TV jugak an??jadi kite membuat konklusi yg semua ni bergantung atas niat dan Islam xde simbol atau ape2..Islam adalah risalah Allah SWT. yang terakhir bagi manusia, oleh karena itu Islam adalah agama terakhir yang diturunkan Allah SWT. kepada Nabi-Nya yang terakhir yaitu Sayidina Muhammad Saw.
ReplyDeleteto Anonymous di ats:
ReplyDeletekalau ada orang bagi rumah kat awk 'free' tapi ats bumbung rumah tu terpacak salib and star of david and dalam rumah tu ada berbagai2 lambang2 lmbang swastika,lambang dewa2 kuno, semiramis, osiris. agak2 awak nk duduk tak?
niat si pemberi tu nak bagi kat awk rumah tu syaratnya awk xboleh buang smua tanda tu.
2 view;
1)- kalau awk terima, org akan cakap awk xda langsung pengetahuan agama,jadi rasanya tak perlu utk dipanjangkan lagi apa status anda
2) kalau awak x terima, awk seorang manusia yang mempunyai agama(islam) jadi awk tau apa mkna disebalik simbol2 tersebut dan awk menjadi sensitif. igt puak2 yg memuja syaitan xmenzahirkan rahsia2 mereka melalui tulisan @ tulis artikel.tp smuanya melalui simbol2 geometri dan sebagainya.yang memerlukan anda mengkaji kesinambungan dan makna, dan smua simbol ini berkait2 dari zaman kaum2 terdahulu smpai sekarang.